MAKLUMAN

Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) akan ditukar kepada Koperasi Muamalat Bersatu Malaysia Berhad (KMBMB) setelah mempunyai perwakilan daripada setiap negeri.

PENTING

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN PENDAFTARAN DAN PELABURAN. RESIT RASMI AKAN DIKELUARKAN SERTA MERTA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT.
UST WAN ZAKARIA - 013 9239754 (Pengerusi Koperasi)
MALIK - 019 2177647 (setiausaha koperasi)
ZUNAIDI - 019 9971005 (wakil dilantik)
YUSRA 019-
8806469 (wakil dilantik)



Tuesday, November 23, 2010

BICARA AHLI LEMBAGA PENGARAH 3 - MALIK SAIFULLIZAM RAZAK

BERITA KOPERASI - TERKINI

Salam sejahtera kepada semua ahli DHN dan warga koperasi.
Satu mesyuarat ahli lembaga Koperasi telah diadakan di Pejabat Koperasi di Kuala Terengganu pada 14 Nov 2010.
Antara agenda penting mesyuarat ialah untuk meluluskan usul penubuhan WISMA Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad di kawasan perniagaan Paya Keladi , Kuala Terengganu.
Mesyuarat telah meluluskan usul untuk penubuhan WISMA Koperasi dan dijangka akan mula beroperasi pasa bulan March 2011. Proses penyewaan seperti perjanjian sewaan dengan Tuan kedai sedang dijalankan dan kerja - kerja Renovasi akan bermula pada bulan February 2011.
Penubuhan WISMA empat tingkat tersebut, dijangka dapat mempercepatkan lagi usaha - usaha koperasi yang lain terutamanya agenda terpenting koperasi iaitu 'MUAMALAT' sesama ahli koperasi .
Untuk membantu koperasi menjana pendapatan , satu MOU akan diadakan dengan sebuah syarikat Textiles tempatan , yang juga ahli Koperasi dan ahli DinarHijjaz ,untuk membantu koperasi dalam perniagaan Trading . Syarikat tersebut akan memberi bantuan dana , stok barangan serta kepakaran dan pengalaman untuk koperasi mula menjalankan perniagaan pertamanya .Bantuan pertama dianggarkan berjumlah RM300-500 ribu.
Kemudiannya, Koperasi akan menggunakan Tingkat 3 Wisma Koperasi untuk Projek 'Retail Training' . Satu MOU akan diadakan untuk Koperasi menjalankan perniagaan dalam bidang latihan dalam bidang Peruncitan . Koperasi akan mengeluarkan tenaga terlatih dalam bidang peruncitan , yang mana latihan boleh di jalankan di kedai - kedai Koperasi. Koperasi dijangka dapat membantu membekalkan Tenaga Terlatih dalam bidang Peruncitan kepada Negara ...selari dengan Konsep koperasi sebagai Koperasi Pengguna.
Insyallah, apabila kedai konsep koperasi ini berjaya di Franchaiskan...para ahli yang mengambil Franchais tiada masalah dalam soal sumber tenaga kerja ..kerana telah tersedia melalui projek Latihan Koperasi.
Seterusnya, Koperasi akan mula menjalankan Gerak Usahawan bersama ahli koperasi.Ahli boleh memilih untuk meyertai Gerak usahawan bersama Projek fashion & Textiles atau Gerak ushawan bersama DinarHijjaz.
Insyallah, selepas itu...banyak lagi pergerakan yang akan dijalankan oleh koperasi.
Marilah kita bersama Menyokong Koperasi Kita .
Wassalam.

No comments:

Post a Comment