MAKLUMAN

Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) akan ditukar kepada Koperasi Muamalat Bersatu Malaysia Berhad (KMBMB) setelah mempunyai perwakilan daripada setiap negeri.

PENTING

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN PENDAFTARAN DAN PELABURAN. RESIT RASMI AKAN DIKELUARKAN SERTA MERTA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT.
UST WAN ZAKARIA - 013 9239754 (Pengerusi Koperasi)
MALIK - 019 2177647 (setiausaha koperasi)
ZUNAIDI - 019 9971005 (wakil dilantik)
YUSRA 019-
8806469 (wakil dilantik)



Thursday, November 25, 2010

KOPERASI : APA ANDA PERLU TAHU (SIRI AKHIR)

APAKAH JENIS-JENIS KOPERASI YANG TELAH DIDAFTARKAN?

Berikut ialah jenis-jenis yang telah didaftarkan :-


  • Koperasi Pengguna (Pasaran, Mini Market dan Koperasi Sekolah)
     
  • Koperasi Perumahan
     
  • Koperasi Industri Kampong (KIK)
     
  • Koperasi Pembangunan Daerah (KPD)
     
  • Koperasi Jimat Cermat Dan Pinjaman Meminjam
     
  • Koperasi Kenderaan Pengangkutan
     
  • Koperasi Insuran (MCIS)
     
  • Koperasi Kredit dan Bank (Bank Rakyat)
     
  • Koperasi Pekerja
     

APAKAH PERANAN JABATAN PEMBANGUNAN KOPERASI?

Sejak ditubuhkan pada Julai, 1922, Jabatan Pembangunan Koperasi berperanan:
 


  • mendaftarkan dan membatalkan pendaftaran koperasi-koperasi dan memastikan bahawa koperasi-koperasi berfungsi mengikut peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1993.
  • menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubung dengan koperasi.
  • menggalakkan dan meningkatkan penubuhan dan pembangunan koperasi dalam semua sektor ekonomi dan memnbantu koperasi-koperasi meningkatkan kecekapannya.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENUBUHKAN DAN MENDAFTARKAN KOPERASI?

1. Hubungi Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Sekumpulan orang yang berminat menubuhkan sebuah koperasi hendaklah menghubungi JPK di negeri yang berkenaan. Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah sampai kepada Pengarah JPK melalui Pegawai Ehwal Ekonomi Wilayah/Daerah.

2. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja Selepas mendapat kelulusan Ketua Pendaftar atau Pendaftar Negeri sebuah Jawatankuasa Penaja  seramai sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang hendaklah dibentuk.Di antara tugas Jawatankuasa Penaja ini ialah:-

  • Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan dan menyediakan aturan-aturan kegiatan utama dan lain-lain kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi.
  • Mengkaji/menggubal Undang-undang Kecil dengan berpandukan Undang-undang Kecil seragam yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.
  • Mendaftarkan bakal-bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing. Penaja hendaklah memastikan sekurang-kurangnya seratus (100) orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung permulaan ditetapkan.
3. Mesyuarat agung permulaan Mesyuarat ini bertujuan mendaftarkan koperasi yang ditubuhkan, menerima Undang-undang Kecil dan memilih anggota Lembaga koperasi. Setelah koperasi didaftarkan oleh Ketua Pendaftar, ianya menjadi sebuah organisasi yang sah dari sissi undang-undang. Bagi tujuan pendaftaran, dokumen-dokumen berikut perlu disediakan:
  • Borang permohonan mendaftar koperasi ditandatangani oleh sepuluh (10) orang Jawatankuasa Penaja.
  • Tiga (3) naskah Undang-undang Kecil.
  • Minit mesyuarat agung permulaan ditandatangani sekurang-kurangnya lima puluh (50) yang hadir.
4. Penyerahan dokumen-dokumen pendaftaran kepada Ketua Pendaftar Dokumen-dokumen pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Negeri tidak lewatdaripada tujuh (7) hari selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.

SUDAHKAH ANDA MENJADI ANGGOTA KOPERASI?

Keanggotaan koperasi terbuka kepada semua tertakluk kepada peruntukan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil koperasi.

Anda berpeluang menjadi anggota koperasi setelah membaca dengan teliti. Jika anda inginkan maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pembangunan Koperasi yang berhampiran.

No comments:

Post a Comment