MAKLUMAN

Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) akan ditukar kepada Koperasi Muamalat Bersatu Malaysia Berhad (KMBMB) setelah mempunyai perwakilan daripada setiap negeri.

PENTING

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN PENDAFTARAN DAN PELABURAN. RESIT RASMI AKAN DIKELUARKAN SERTA MERTA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT.
UST WAN ZAKARIA - 013 9239754 (Pengerusi Koperasi)
MALIK - 019 2177647 (setiausaha koperasi)
ZUNAIDI - 019 9971005 (wakil dilantik)
YUSRA 019-
8806469 (wakil dilantik)



Thursday, December 23, 2010

KMBTB DAN KOGUNA MENCAPAI KATA SEPAKAT

Johor Baharu, 19 Dis 2010. Msuite Hotel
 
Wakil KMBTB telah dijemput untuk memberi penerangan berkaitan peluang pelaburan dan kerjasama yang ingin dibawa dan boleh dijalin diantara kedua-dua belah pihak. Sesi penerangan telah dihadiri oleh semua Ahli Lembaga Pengarah KOGUNA termasuk Pengerusi KOGUNA Dato Ramli Ismail dan Timb.Pengerusi KOGUNA  Ust Safie Hj Muda.


Satu perbincangan yang serius dan bermakna telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diakhir sesi penerangan, Pengerusi KOGUNA telah mengungkapkan kata-kata penuh bersejarah. KOGUNA bersetuju melabur dan bekerjasama dengan KMBTB untuk projek Hijjaz DC5 sebanyak RM100,000.00 dan projek-projek yang akan datang, InsyaAllah.






Sebagai abang kepada KMBTB kerana pengurusan KMBTB yang terdiri daripada generasi kedua FELDA sudah pastilah ikatan yang lebih bermakna perlu dijalinkan. Lebih bermakna lagi KOGUNA bersetuju melantik KMBTB untuk bertanggungjawab terhadap pengurusan resort kepunyaan mereka di Port Dickson dengan suntikan dana berjumlah RM 1juta.





Alhamdulillah, hasil keihklasan KMBTB di dalam perjuangan memartabatkan produk HALAL di Malaysia. Satu demi satu pintu rezeki dan kerjasama diperlihatkan oleh Allah swt. Semoga KMBTB akan semakin berkembang dimasa depan.

No comments:

Post a Comment