MAKLUMAN

Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) akan ditukar kepada Koperasi Muamalat Bersatu Malaysia Berhad (KMBMB) setelah mempunyai perwakilan daripada setiap negeri.

PENTING

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN PENDAFTARAN DAN PELABURAN. RESIT RASMI AKAN DIKELUARKAN SERTA MERTA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT.
UST WAN ZAKARIA - 013 9239754 (Pengerusi Koperasi)
MALIK - 019 2177647 (setiausaha koperasi)
ZUNAIDI - 019 9971005 (wakil dilantik)
YUSRA 019-
8806469 (wakil dilantik)



Sunday, December 12, 2010

PERJUMPAAN DENGAN KOPERASI PEKERJA FELDA BERHAD

Setelah perjumpaan dan pencapaian kesepakatan yang baik dengan Pengarah Hospital Sg Buloh. KMBTB telah mengorak lengkah kehadapan dengan satu lagi perjumpaan yang pasti akan memberikan impak yang besar kepada koperasi.


Perjumpaan dengan sebuah koperasi yang berkait rapat dengan FELDA semasa KARNIVAL IKTIRAF yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini akan membawa kepada satu lagi siri perjumpaan yang pasti akan memberikan kesan jangka panjang yang cemerlang kepada KMBTB.

 
Dalam perjumpaan yang kedua nanti yang akan melibatkan Ahli Lembaga Pengarah kedua-dua belah pihak, KMBTB yakin satu lagi kerjasama erat dan seterusnya MOU akan diusahakan dengan serius oleh kedua-dua pihak.


Kerjasama ini sudah pasti akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada ahli-ahli kedua-dua koperasi. Perjuangan KMBTB untuk memartabatkan produk HALAL semakin berjaya menarik minat pelbagai pihak sama ada individu, pertubuhan mahupun koperasi untuk sama-sama memastikan impian ini terlaksana suatu hari nanti.


Sama-sama kita berdoa agar kedua-dua belah pihak akan menjalinkan kerjasama yang akrab sebagai rakan pelaburan, InsyaAllah. Syabas diucapkan kepada semua rakan-rakan yang telah bertungkus lumus semasa KARNIVAL IKTIRAF. Semoga kita semua akan terus berusaha untuk menjayakan hasrat dan impian seluruh ahli KMBTB.

No comments:

Post a Comment