MAKLUMAN

Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) akan ditukar kepada Koperasi Muamalat Bersatu Malaysia Berhad (KMBMB) setelah mempunyai perwakilan daripada setiap negeri.

PENTING

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN PENDAFTARAN DAN PELABURAN. RESIT RASMI AKAN DIKELUARKAN SERTA MERTA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT.
UST WAN ZAKARIA - 013 9239754 (Pengerusi Koperasi)
MALIK - 019 2177647 (setiausaha koperasi)
ZUNAIDI - 019 9971005 (wakil dilantik)
YUSRA 019-
8806469 (wakil dilantik)



Saturday, February 12, 2011

TIPS MENJUAL HIJJAZ DC5

Salam Sejahtera kepada semua ahli DHN.

Pelancaran produk Sulong Koperasi iaitu Hijjaz DC5 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini 12 Feb 2011, di TESCO, Kota Baharu, Kelantan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit idea tentang tips untuk menjual produk Hijjaz DC5 .

Perkara yang paling penting untuk menjual sesuatu produk ialah ‘Product Knowledge’ . Pelanggan kita tentu bertanya apakah sebenarnya Hijjaz DC5 ini dan berbaloikah membayar sehingga RM280 untuk satu set ( 2 botol) , 500 ML setaip botol .

Jadi , apakah cara menjual yang terbaik yang boleh digunapakai ?..

Mari kita lihat tip – tip dibawah ;

1) Memberitahu Kandungan Utama Hijjaz DC5

 Seperti kita semua tahu terdapat 8 herba utama didalam Hijjaz DC5 yang telah diadun dengan formulasi peratusan terbaik . Peratusan adunan yang tepat sangat penting untuk menghasilkan produk yang bukan sahaja berkhasiat tetapi mempunyai rasa yang hebat dan digemari ramai. Contoh terbaik , lihat sahaja produk Kopi barli kita , dengan peratusan adunan yang terbaik , rasa yang sedap dapat dihasilkan dan digemari ramai.

Jika hendak diceritakan kesemua 8 ‘Super Herba’ tersebut mungkin agak panjang, maka kita boleh menekankan satu herba utama didalam Hijjaz DC5 iaitu herba ‘Cuka Kurma’ .

‘Cuka Kurma’ memang terkenal dikalangan orang Arab , dan sifat utamanya ialah ‘pembuangan toksin’ didalam badan .Cuka kurma dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya terutamanya Jantung.

Menurut Dr . Shaiful Azmi Yahaya, Perunding Kardiologi IJN (Institut Jantung Negara) , “Serangan Jantung pada orang muda berlaku apabila plak kolestrol dalam salur darah pecah. Darah terkumpul pada plak yang pecah dan menyebabkan  saluran darah tersumbat, dan berlakulah serangan Jantung” . Dari testimoninya , Cuka Kurma diamalkan oleh banyak pakar perubatan. Antaranya  ialah Pengarah Hospital Sg Buloh, seorang doktor pakar , yang mengamalkan Cuka  Kurma sejak muda lagi.

2) Menekankan “Kempen Transformasi Pemakanan”

Satu set Hijjaz DC5 secara puratanya boleh digunakan / habis dalam masa 3 bulan (90 hari ). Bermakna kos setiap hari lebih kurang RM 3.10 . ( RM280/90 hari ) , sedangkan kos perubatan sakit Jantung sekitar RM140 ribu , dengan harga injap jantung gentian  mencecah RM112 ribu ( sumber IJN). Melalui ‘Kempen Transformasi Pemakanan’ , kita menyarankan agar Hijjaz DC5 diambil secara terus , atau di campur dengan air/jus selepas setiap kali selepas makan . ( daripada merokok dan sebagainya).

Insyallah , selepas ini , kita sama – sama berkongsi lagi sebarang TIPS dan Info tentang  Hijjaz DC5 . Para ahli DHN bole email pandangan dan saranan ke my.kmbtb@gmail.com .

No comments:

Post a Comment