MAKLUMAN

Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) akan ditukar kepada Koperasi Muamalat Bersatu Malaysia Berhad (KMBMB) setelah mempunyai perwakilan daripada setiap negeri.

PENTING

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN PENDAFTARAN DAN PELABURAN. RESIT RASMI AKAN DIKELUARKAN SERTA MERTA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT.
UST WAN ZAKARIA - 013 9239754 (Pengerusi Koperasi)
MALIK - 019 2177647 (setiausaha koperasi)
ZUNAIDI - 019 9971005 (wakil dilantik)
YUSRA 019-
8806469 (wakil dilantik)



Sunday, April 3, 2011

BERITA BAIK KEPADA USAHAWANITA

Salam Sejahtera kepada semua ahli DHN terutamanya kaum usahawanita / muslimah .

Pihak Koperasi telahpun menyiapkan kedai Fesyen Pertama Koperasi yang berkonsepkan ‘Muslimah Fashion & Lifestyles’ dengan jenama kedai ‘HijjazDwarna’ di tingkat bawah Bangunan Wisma Koperasi di Paya Keladi, Kuala Trengganu.
Kedai tersebut telah beroperasi dan mula menjana aliran tunai ke akaun Koperasi .

KONSEP KEDAI .
+++++++++++++
Kedai Fesyen tersebut menjual barangan fesyen muslimah seperti pakaian jubah, baju kurung, tudung dan sebagainya . Di bawah konsep ‘Lifestyles ‘ , barangan yang dijual termasuklah barangan kosmetik, jamu, makanan kesihatan , rempah ratus dan pelbagai barangan keperluan muslimah.

VISI KEDAI .
++++++++++

Kedai fesyen tersebut akan menjadi platform kepada usahawan terutamanya kaum muslimah untuk memasarkan produk mereka .

Kepada kaum muslimah yang mempunyai Produk untuk dipasarkan bolehlah menghubungi terus pegawai Koperasi En Amir di talian 012-344-2434 atau Cik Nurul Izza di talian 019-9971-592 .

Pihak Koperasi akan melantik Konsultan yang akan memajukan lagi kedai tersebut dari segenap segi dan akan diperluaskan ke suluruh negeri melalui program Licensing / Franchaising .

SYARAT RAKAN NIAGA KOPERASI.
+++++++++++++++++++++++++++++
Untuk menjadi pembekal kepada kedai Fesyen Koperasi , syarat yang ditetapkan pada masa ini ialah;
1) Menjadi ahli Koperasi ( mendaftar dan membayar RM520)
2) Mengisi borang cadangan barang untuk di jual
3) Menambah syer didalam Koperasi sebanyak RM2000 selepas mendapat
kelulusan ( untuk tujuan iklan, pengurusan etc)
4) Memasukkan barang (supply) dengan kadar minima RM5000 nilaian
barang .

Insyallah, dengan adanya platform sebegini, pihak Muslimah terutamanya dapat mula berniaga bersama Koperasi tanpa perlu membuka kedai dengan Kos yang tinggi .

Insyaallah.

No comments:

Post a Comment