MAKLUMAN

Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) akan ditukar kepada Koperasi Muamalat Bersatu Malaysia Berhad (KMBMB) setelah mempunyai perwakilan daripada setiap negeri.

PENTING

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN PENDAFTARAN DAN PELABURAN. RESIT RASMI AKAN DIKELUARKAN SERTA MERTA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT.
UST WAN ZAKARIA - 013 9239754 (Pengerusi Koperasi)
MALIK - 019 2177647 (setiausaha koperasi)
ZUNAIDI - 019 9971005 (wakil dilantik)
YUSRA 019-
8806469 (wakil dilantik)



Friday, December 31, 2010

USTAZ ZAMRI (Mari Mengajji TV9) KUATKAN KMBTB

Alhamdulillah, tanggal 18 Disember lalu, pihak KMBTB telah mengadakan pertemuan dengan Ustaz Zaidi (Manager) dan Ustaz Zamri (TV9) di pejabat mereka di MANTOP (Rawang)

Satu sesi penerangan telah diberikan berkaitan pelaburan dan kerjasama yang ditawarkan oleh koperasi kepada Ust.Zaidi dan Ust.Zamri secara individu dan Mantop sebagai sebuah syarikat.

Kedua-dua pihak saling bertukar-tukar pendapat dan menjana idea berkaitan bentuk-bentuk peluang kerjasama yang sesuai antara kedua-dua pihak.

Sesi penerangan telah bertukar menjadi suatu sesi perbincangan mesra dan pencetus idea. Banyak idea-idea bernas telah ditemukan didalam pertemuan ini. Malah pelbagai bentuk peluang kerjasama telah dapat dikenalpasti boleh dijalinkan diantara kedua-dua pihak.
InsyaAllah dengan kehadiran dan penyertaan Ustaz Zamri didalam koperasi, kita yakin KMBTB akan berkembang dengan lebih pesat dan pantas. Pelbagai  bentuk kerjasama yang akan memberikan kebaikan kepada ahli-ahli koperasi dapat dilaksanakan dengan penyatuan  dua selebriti yang disegani ramai ini. Semuanya akan memberi kebaikan kepada umat Islam dan Islam itu sendiri, InsyaAllah.

dari kanan : Isman Hijjaz, Ust.Zamri TV9, Ust.Zaidi

No comments:

Post a Comment