MAKLUMAN

Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) akan ditukar kepada Koperasi Muamalat Bersatu Malaysia Berhad (KMBMB) setelah mempunyai perwakilan daripada setiap negeri.

PENTING

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN PENDAFTARAN DAN PELABURAN. RESIT RASMI AKAN DIKELUARKAN SERTA MERTA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT.
UST WAN ZAKARIA - 013 9239754 (Pengerusi Koperasi)
MALIK - 019 2177647 (setiausaha koperasi)
ZUNAIDI - 019 9971005 (wakil dilantik)
YUSRA 019-
8806469 (wakil dilantik)



Monday, January 17, 2011

PROJEK HIJJAZ DC5

PROJEK HIJJAZ DC5 AKAN DILAKSANAKAN MENGIKUT FASA

Hasil perbincangan Ahli Lembaga Pengarah KMBTB telah bersetuju untuk melaksanakan Projek Hijjaz DC5 mengikut fasa. Fasa pertama yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan melibatkan penjualan 5 ribu unit Hijjaz DC5. Fasa ini akan diteruskan sehingga 20 ribu unit habis dijual dalam tempoh setahun.

Strategi yang bakal dilaksanakan ini dijangka akan memberikan impak positif terhadap Produk Hijjaz DC5 dari segi promosi, jualan dan pemasaran. Dengan stok jualan yang telah dikurangkan, dijangka projek akan dapat ditamatkan dalam jangka masa yang lebih singkat.

Hasilnya, semua rakan-rakan pelaburan akan dapat menikmati perkongsian keuntungan lebih awal daripada yang dijangkakan. Rakan-rakan pelaburan juga boleh meneruskan pelaburan didalam Hijjaz DC5 dengan lebih keyakinan dan komitmen setelah mendapat pulangan hasil daripada Fasa pertama.

Antara faktor yang mendorong Ahli Lembaga Pengarah untuk melaksanakan Projek Hijjaz DC5 ini mengikut fasa adalah :

a) Menguatkan ikatan kepercayaan pelabur kepada KMBTB.
b) Membuktikan keseriusan pihak KMBTB menjana keuntungan daripada projek yang dilaksanakan.
c) Memberi keyakinan kepada pelabur terhadap potensi pelaburan bersama KMBTB.
d) Dapat membayar modal dan perkongsian keuntungan lebih awal daripada tempoh projek.
f) Menarik minat lebih banyak rakan pelaburan untuk bersama KMBTB di dalam projek Hijjaz DC5 dan projek-projek yang lain pada masa hadapan.

Semua rakan-rakan pelabur yang telah pun memberi kepercayaan kepada KMBTB dalam melaksanakan projek sulung KBMTB iaitu Hijjaz DC5, kami merakamkan jutaan terima kasih. Semoga kita sama-sama akan meletakkan KMBTB sebagai koperasi yang berjaya dimasa hadapan. InsyaAllah.

S/U Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad

No comments:

Post a Comment