MAKLUMAN

Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) akan ditukar kepada Koperasi Muamalat Bersatu Malaysia Berhad (KMBMB) setelah mempunyai perwakilan daripada setiap negeri.

PENTING

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN PENDAFTARAN DAN PELABURAN. RESIT RASMI AKAN DIKELUARKAN SERTA MERTA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT.
UST WAN ZAKARIA - 013 9239754 (Pengerusi Koperasi)
MALIK - 019 2177647 (setiausaha koperasi)
ZUNAIDI - 019 9971005 (wakil dilantik)
YUSRA 019-
8806469 (wakil dilantik)



Sunday, February 13, 2011

KEHEBATAN HERBA HIJJAZ DC5 - (6) KAYU MANIS

Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi beberapa jenis penyakit disamping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi. Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang.

Para saintis telah mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan paras glukosa darah dan juga triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada pesakit kencing manis diabetes type II.
 
Keluran akhbar dari University of California at Santa Barbara pada April, 2004 menyatakan kulit kayu manis boleh digunakan dalam perubatan untuk melawan diabetes. Kulit kayu manis boleh memainkan peranan pengganti insulin dalam diabetes type 2, dari kajian selular dan molekular di universiti berkenaan. Kulit kayu manis mempunyai komponen aktif-bio yang berpotensi menghalang dan mengubati kencing manis.

Kajian klinikal telah dijalankan di Pakistan di mana 60 orang sukarelawan kajian dengan diberi sebuk kulit kayu manis satu sudu teh setiap hari selama40 hari. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa kulit kayu manis boleh mengurangkan paras glukosa darah dengan bekesan.

Dalam Medical News 09 Apr 2006 dua kajian yang dibentangkan dalam persidangan Experimental Biology 2006 menerangkan lagi kesan manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti-radangan dan menyokong kajian awal mengenai kuasa agen anti-oksida dan agen yang boleh mengurangkan kolesterol, triglyceride, dan glukosa dan meningkatkan fungsi insulin.
 
LAGI KHASIAT DAN KELEBIHAN
  1. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Sangat baik untuk penguat sistem kekebalan tubuh, mengobati capek karena kerja rutinitas, memperpanjang umur, juga bagus untuk kedinginan dan influenza.
  2. Pencernaan. Membantu dalam memperbaiki sistem pencernaan, menghilangkan gas dari perut dan usus dan mengobati sakit perut, perut kembung, salah cerna dan infeksi kandung kemih.
  3. Perawatan Kulit. Biasa digunakan untuk perawatan kulit. Mampu mengubati infeksi kulit dan jerawat.
  4. Perawatan Rambut. Merawat rambut, mengurangi kerontokan rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.
  5. Perawatan Gigi. Digunakan untuk perawatan gigi. Dapat merawat gigi dalam mengatasi nafas tak sedap dan digunakan sebagai pasta gigi.
  6. Berat Badan. Baik untuk mengurangi berat badan. Seperti halnya ubat penurun berat badan alami, membawa hasil nyata apabila diiringi dengan diet dan olahraga secara teratur.
  7. Arthritis (radang sendi). Pengolesan secara teratur madu dan kayu manis di tempat yang sakit baik untuk pasien arthritis.
  8. Gangguan Jantung. Mengurangi kadar kolesterol,dengan demikian memberikan kesihatan yang baik untuk jantung Anda.
Madu dan kayu manis juga dipercaya untuk merawat kanker, ketidaksuburan pada laki-laki dan gangguan pendengaran.

No comments:

Post a Comment