MAKLUMAN

Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) akan ditukar kepada Koperasi Muamalat Bersatu Malaysia Berhad (KMBMB) setelah mempunyai perwakilan daripada setiap negeri.

PENTING

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN PENDAFTARAN DAN PELABURAN. RESIT RASMI AKAN DIKELUARKAN SERTA MERTA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT.
UST WAN ZAKARIA - 013 9239754 (Pengerusi Koperasi)
MALIK - 019 2177647 (setiausaha koperasi)
ZUNAIDI - 019 9971005 (wakil dilantik)
YUSRA 019-
8806469 (wakil dilantik)



Sunday, February 13, 2011

PELANCARAN HIJJAZ DC5

February 13, 2011 14:15 PM
Dinarhijjaz, Platform Perniagaan Baru Industri Halal
Oleh Noor Adila

KOTA BAHARU, 13 Feb (Bernama) -- DinarHijjaz, sebuah perniagaan berbentuk pelbagai tingkat milik Bumiputera kini membuka platform perniagaannya kepada masyarakat dalam usaha mengembangkan industri pemakanan halal di negara ini.

Pengarah Pemasaran DinarHijjaz, Malik Shaifullizam berkata DinarHijjaz diwujudkan oleh sebuah syarikat bersama dengan kumpulan nasyid Hijjaz pada Ogos tahun lalu dan sehingga kini memiliki hampir sepuluh produk di bawah jenama Hijjaz iaitu Hijjaz Kopi Barli, Hijjaz Power Drink, Hijjaz Women Drink, Hijjaz I, Hijjaz DeTox Patch dan Hijjaz Bio Wipes.

"Terbaharu, produk DinarHijjaz yang dilancarkan hari ini ialah Hijjaz DC5, produk kesihatan yangmengandungi lapan herba terpilih untuk penjagaan kesihatan lima organ penting di dalam badanmanusia seperti hati, buah pinggang, usus, kandungan darah dan jantung.

"Dengan kesemua produk DinarHijjaz yang diyakini halal dan diformulasikan daripada herba terpilih adunan herba yang terbaik ini, kita yakin sasaran utama DinarHijjaz untuk membantumasyarakat kita "berdagang" dan membuka peluang terbuka luas kepada masyarakat untukmengetahui dan mempelajari teknik dan kebolehan berniaga yang bermula dari bawah seterusnya ke peringkat lebih tinggi akan tercapai," katanya kepada pemberita selepasMajlis Pelancaran Produk Baru DinarHijjaz, Hijjaz DC5,
di sini Ahad.

Untuk mengukuhkan operasi DinarHijjaz, katanya sebuah koperasi telah ditubuhkan untukmemantapkan cabang perniagaan sedia ada.
"Inilah yang membezakan DinarHijjaz dengan perniagaan jaringan yang lain ialah penubuhan sebuah koperasi, yang peranannya terjamin kerana ianya bukan berkepentingan peribadi dan ia milik bersama ahli.

"Dengan penubuhan koperasi ini, DinarHijjaz akan menjadi lebih kuat dengan adanya ahli daripada pelbagai golongan dan latar belakang. Melalui koperasi ini juga pengurusan serta penjanaan modal dan pembahagian keuntungan dapat dilakukan seadilnya," katanya.

Sehingga kini, Malik berkata DinarHijjaz mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat terutama masyarakat di Wilayah Pantai Timur dan sejak beberapa bulan penubuhannya, DinarHijjaz telah memiliki lebih 1,000 ahli.

"Berkonsepkan produk halal dengan jenama sendiri serta dua buah
kilang milik DinarHijjaz yang dibuka di Shah Alam dan Terengganu, kita yakin sasaran kita untuk mencapai 10,000 ahlimerangkumi seluruh negara akan tercapai.

"Selain itu, buat permulaan, kita sasarkan sebanyak 100 stokis dapat dibuka menjelang akhir tahun ini," katanya.

-- BERNAMA

 

No comments:

Post a Comment